Monday, October 4, 2010
RIWAYAT KETURUNAN IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH BIN RAJA SALEH – KETURUNANNYA MENJADI PEMIMPIN DAN TOKOH NEGARA.
BIDALAN TENTANG TOKOH KALUMPANG
KENANGAN ZAMAN KEGEMILANGAN KALUMPANG SILAM (ZAMAN KERABAT BETA )
RIWAYAT KETURUNAN YANG LAIN
RIWAYAT KETURUNAN HJH. HALIJAH PENGASAS KG. SEJANTUNG KALUMPANG
TOKOH ANAK KALUMPANG – ALMARHUM CIKGU ADNAN BIN HJ. ABD. HALIM J.P
RIWAYAT KETURUNAN ALMARHUM NAWI RAJA MULOK YANG MENJADI PEMIMPIN
RIWAYAT KETURUNAN PANGLIMA BESAR MUHAMMAD PENGASAS KG. BUKIT KALUMPANG
RIWAYAT KETURUNAN PANGLIMA KIRI PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG
RIWAYAT KETURUNAN SUTAN NASIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG
Wednesday, August 18, 2010
TOKOH ANAK KALUMPANG- ALLAHYARHAM PENGHULU HJ. MOHD DAUD SIDEK PENGHULU TG. MALIM (MENANTU IMAMLUDIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG)
1. Azmil
2. Azizah
3. Khalid
4. Rusli
5. Dato’ Adlan
6. Pn. Sri Zainun
7. DLL
Jasa beliau telah mewakafkan surau Kg. Gumut yang diberi nama ‘Madrasatul Daudiah’ yang masih ada orang yang beribadah pada hari ini. Nama madrasah itu sempena dengan namanya dan diandaikan tapak madrasah itu atas nama isterinya yang pertama itu (Diriwayatkan oleh Allahyarham Tuan Hj. Abd. Aziz Hj. Abd. Rashid anak saudara Lawiyah). Penghulu Hj. Mohd Daud Sidek digelar Orang Kaya Tg. Malim dan salah satu nama jalan Tg. Malim dinamakan sempena nama beliau iaitu ‘ Jalan Penghulu Hj. Mohd Daud’ dan ada lorong di kawasan Hulu Bernam (Tg. Malim) dinamakan Lorong Hj. Mohd Daud.
Dalam pada itu, beliau ada mempunyai sebuah bangunan berhampiran Sg. Bernam di seberang kawasan Selangor Tg. Malim diberi nama ‘Bangunan Mohd. Daud’. Diandaikan juga harta isteri pertamanya Lawiyah itulah yang diwakafkan Madrasatul Daudiah yang masih lagi digunakan bukan sahaja tempat beribadah bahkan untuk kegunaan penduduk Kg. Gumut dalam hal-hal lain seperti kenduri kendara, mesyuarat dan juga digunakan sebagai markas pengawal kampung semasa darurat. Jasa penghulu Hj. Mohd Daud tetap dikenang oleh penduduk Kg. Gumut Kalumpang buat selama-lamanya.
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
TOKOH ANAK KALUMPANG – GURU BERJASA KALUMPANG CIKGU RUSLAN IBRAHIM P.J.K
Beliau pernah menjadi Guru Besar Sekolah Melayu Latihan Kalumpang sehingga tahun 1956. Jasa beliau banyak menolong anak Kalumpang masuk ke maktab SITC (UPSI) untuk menjadi guru. Pada hari tua, beliau telah menjadi Nazir Masjid Attaqwa Kalumpang. Beliau selalu dalam syarahannya membahasakan dirinya sebagai ‘Bapa Kalumpang’. Beliau adalah seorang guru yang penyabar dan baik tutur bahasanya. Beliau suka menolong menyelesaikan masalah orang kampung yang dalam kesusahan. Beliau juga adalah salah seorang cucu Imam Kuang yang mengasas Kg. Kalumpang di Pekan Kalumpang masa pembukaan Kalumpang dahulu. Jasa beliau tetap dikenang penduduk Kalumpang.
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
RIWAYAT KETURUNAN PUNCAK ATAU HJ. SAID PENGASAS KG. SEJANTUNG KALUMPANG SERTA RIWAYAT HJ. MOHD ZAIN BIN HJ. SAID MENJADI PEMIMPIN.
Diketahui bahawa mereka telahpun berhijrah ke Kalumpang di mana Puncak bersama-sama telah membuka Kg. Sejantung Kalumpang dengan Panglima Kanan dan pengasas-pengasas yang lain. Beliau juga merupakan salah seorang dukun yang tersohor dan hanya mempunyai dua orang anak yang bernama Tuan Hj. Mohd Zain dan Hjh. Hasnah.
Anak beliau Tuan Hj. Mohd Zain adalah Ketua Kg. Gumut yang kedua yang paling lama berkhidmat lebih dari 20 tahun. Pada asalnya beliau (Hj. Mohd Zain) adalah ketua Kg. Beringin iaitu sebuah Kg. Kecil berhampiran dengan Perkuburan Lama Kalumpang yang bernama ‘Kubah’ (Kg. Beringin tiada dalam charter Sejarah Kalumpang). Kawasan Kg. Beringin telah diambil oleh syarikat kapal korek bijih timah kepunyaan bangsa Australia dan penghuni Kg. Beringin dipindahkan ke Kg. Gumut di mana Hj. Mohd Zain dilantik menjadi Ketua Kg. Gumut yang kedua menggantikan Tuan Hj. Kassim Tabuan yang telah kembali ke Rahmatullah.
Hj. Mohd Zain banyak memainkan peranan di Kalumpang semasa hayatnya. Beliau juga berperanan seorang Bilal dan Khatid Masjid Kalumpang. Beliau merupakan ketua kampung yang penyabar dan dikasihi oleh penduduk Kg. Gumut khasnya dan penduduk Kalumpang amnya. Budi baik beliau tidak dapat dilupakan oleh penduduk Kalumpang pada suatu masa dahulu.
Ipar beliau yang bernama mak ngah Timah ada mempunyai seorang anak yang bernama Nordin Hj. Abdullah. Bapa Nordin Hj. Abdullah merupakan salah seorang anak Panglima Kanan di mana Nordin adalah salah seorang cucu Panglima Kanan. Di sinilah keluarga Puncak ada berkaitan dengan keluarga Panglima Kanan di mana Panglima Kanan adalah ketua pengasas Kalumpang. Dalam pada itu, salah seorang cucu Mohd. Zain atau cicit Puncak yang bernama Ismail Tahir P.J.K menjadi jurutera Petronas. Ketokohan anak Hj. Mohd Zain yang bernama Mylamah adalah seorang bidan dan dukun yang pandai dalam bidang pengurutan tradisional.
Keturunan Puncak adalah tersohor dengan pendukunannya hingga terserlah sampai ke anak cucunya dan juga cicitnya. Juga anak Hj. Mohd Zain yang bernama Mymunah juga pakar dalam bidang Pengurutan Tradisional. Selain daripada itu Tuan Hj. Mohd Zain sendiri pandai mengubat disamping beliau adalah ketua kampung, bilal dan khatib masjid. Setelah meninngal isteri pertamanya yang bernama Reni, beliau berkahwin pula dengan seorang yang bernama Hijah. Hijah adalah salah seorang daripada kaum kerabat Panglima Besar Kalumpang yang mengasas Kg. Bukit. Hijah tiada zuriat berkahwin dengan Hj. Mohd Zain dan Hj. Mohd Zain telah meninggal dunia pada tahun 1969 dan dikebumikan di perkuburan Kubah. Hj. Mohd Zain boleh dianggap seorang yang penyabar kerana beliau sangat sabar dalam menghadapi cabaran memimpin kampungnya. Kesabarannya itu tidak ada tolok bandingnya dengan pemimpin Kalumpang yang lain pada masa itu.
Rujukan:
1. Allahyarham Yusof Hj. Mohd Zain (cucu Puncak)
2. Allahyarham Y.B Sulaiman Shahabudin (Matan Y.B Tras, Raub, Pahang)
3.Allahyarham Hj. Md. Junid Sulaiman (cucu pendekar Hj. Sharif Mungkal)
4. Ismail Alwi (piut Puncak – Kg. Lindungan Petaling Jaya Selangor)
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
RIWAYAT KETURUNAN IMAM KUANG ATAU IMAM BENDAHARA YANG MENGASAS KG. KALUMPANG, KALUMPANG
Beliau berhijrah dan sama-sama membuka Kalumpang dengan Panglima kanan dan pengasas-pengasas yang lain pada masa itu. Beliau adalah salah seorang Imam Ulung Masjid Kalumpang. Anak beliau Imam Hj. Daud adalah imam pertama Masjid Attaqwa Kalumpang termasuk cucu beliau Hj. Mohd Tahir dan juga cicit beliau Ustaz Ali Badri Sheikh Ismail Naksyabandiah Arrawi juga salah seorang Imam Masjid Kalumpang.
Ibu Ustaz Ali Badri yang bernama Rahmah pernah berkahwin dengan Almarhum Tengku Abd Majid yang bergelar Tok Setia Lela Raub pada suatu ketika akan tetapi jodoh tidak panjang dan juga tiada meninggalkan zuriat. Selepas itu, Rahmah berkahwin dengan Sheikh Ismail dan dikurniakan seorang putera diberi nama Ali Badri yang masih ada di Kalumpang. Dalam pada itu, salah seorang cucu Imam Kuang yang bernama Cikgu Ruslan Ibrahim P.J.K juga pernah menjadi nazir masjid dan cucu beliau juga yang bernama Ahmad Bin Yusof pernah menjadi bilal masjid.
Selain daripada itu, Cikgu Othman Bin Hj. Daud (cucu) pernah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kalumpang. Juga Abd. Latif Hj. Daud (cucu) adalah Ketua Kg. Gumut yang ketiga Kalumpang yang lama berkhidmat pada suatu ketika dahulu. Juga diketahui, salah seorang cucu Imam Kuang yang bernama Cikgu Abu Hashim Hassan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hishamudin Kuala Lumpur, pernah dianugerahkan ‘Tokoh Guru’. Diketahui juga keturunan Imam Kuang pernah mewarisi manjadi Imam di Masjid Attaqwa Kalumpang yang ada pada masa ini.
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
RIWAYAT KETURUNAN SITI ESAH BERHIJRAH KE KG. GUMUT. KALUMPANG BERSUAMIKAN TUAN IMAM HJ. SALEH HJ. ZAINUDDIN SALAH SEORANG PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG
Untuk mengelakkan dari diburu oleh Sultan, keluarga Siti Esah membuat keputusan berhijrah ke Bernam (Tg. Malim) dan pada masa itu Bernam atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Penghulu Tua Tun Hj. Mustapha Bin Raja Kamala. Siti Esah berkahwin dengan Sirun (suami pertama) dan Sirun adalah kaum kerabat Tun Hj. Mustapha . Mereka dinikahkan di suatu tempat bernama ‘Dusun Kerikir’ iaitu sebuah dusun buah-buahan di pinggir Sg. Bernam yang masih ada pada hari ini. Hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan seorang putera yang bernama Hj. Abd. Rashid dan Hj. Abd. Rashid telah menjadi Orang Kaya Kalumpang bergelar Dato’ Dagang Kalumpang yang dikurniakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor pada zaman tersebut.
Diketahui anak Siti Esah Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid berkahwin dengan Sawiyah iaitu anak Imamluddin salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Diketahui juga Imamluddin itu adalah salah seorang menantu Tun Hj. Mustapha Raja Kamala, Penghulu pertama Tg. Malim. Kemudian, Siti Esah bercerai dengan Sirun dan berkahwin dengan seorang yang bernama Muhammad dan dikurniakan seorang putera yang diberi nama Md. Aris. Md. Aris berkahwin dengan Sadariah dan mendapat empat orang anak. Salah seorang daripada anaknya ialah yang bernama Hj. Hamzah Salas A.M.N adalah matan Pengetua Institut Perguruan Sultan Idris Tg. Malim (sekarang UPSI). Beliau adalah salah seorang cicit Siti Esah.
Selepas itu, Siti Esah bercerai dengan Muhammad dan berkahwin dengan Imam Hj. Saleh Hj. Zainuddin salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau mendapat beberapa orang anak dan salah seorang daripadanya ialah Tuan Imam Hj. Abdullah Sani Hj. Saleh telah menjadi seorang Kadi Daerah Hulu Selangor. Imam Hj. Abdullah Sani juga seorang guru agama dan guru Al-Quran serta merupakan imam kedua Masjid Attaqwa Kalumpang. Harap maklum Siti Esah mempunyai tiga suami dan mereka menetap di Kg. Gumut Kalumpang. Pada suatu ketika Siti Esah dibawa ke tanah suci Makkah oleh dua orang anaknya Md. Aris dan Hj. Abdullah Sani untuk menunaikan ibadah Haji dan dengan takdir Allah Siti Esah telah meninggal dan dikebumikan di Makkah.
Selain daripada itu, anak Siti Esah yang bernama Munah telah berkahwin dengan Imam Hj. Daud iaitu anak Imam Kuang atau Imam Bendahara salah seorang yang mengasas Kg. Kalumpang, Kalumpang. Jadi, Siti Esah dan Imam Hj. Saleh berbesan dengan Imam Kuang. Kecantikan Siti Esah dan kehebatan keturunannya amatlah dihargai dan dihormati serta disayangi juga dikasihi oleh penduduk Kg. Gumut Kalumpang pada masa itu kerana kecantikan paras rupa dan baik budi bahasanya. Penghijrahan Siti Esah dari Kg. Ulu Atok, Raub Pahang adalah satu kenangan pahit dan manis oleh penduduk Atok dan Kalumpang pada zaman itu disebabkan kecantikan beliau yang tiada tolok bandingnya.
Rujukan:
1. Allahyarhamah Hjh. Badariah Hj. Omar (isteri kedua Dato’ Dagang Hj.
Abd. Rashid)
2. Allahyarham Y.B Sulaiman Shahabudin (Bekas ADUN Tras, Raub –
merupakan cucu Panglima Garang, Kg. Ulu Atok berkaum kerabat dengan
Siti Esah.)
3. Husin Hj. Abdullah Sani (cucu Siti Esah suami ketiga)
4. Allahyarham Jamaludin Hj. Daud (cucu Siti Esah suami ketiga)
5. Umi Kalthum Othman (cicit Siti Esah suami ketiga (Imam Hj. Saleh)
berkahwin dengan Dzulkifli Buyong (cicit Panglima Kanan)
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
RIWAYAT KETURUNAN IMAMLUDDIN (HJ. SHAHABUDIN) BIN RAJA GEMALA MEMBUKA KALUMPANG DAN PERSEMENDAAN DENGAN KELUARGA TUN HJ. MUSTAPHA BIN RAJA KAMALA
Beliau berasal dari Nagori Kota Raja, Rao, Kecematan Rao, Kabupaten Pasaman Sumatera Barat, Sumatera, Indonesia. Beliau ialah orang yang mula-mula melampan bijih timah di tempat yang bernam Sg. Tuntung yang berhampiran dengan perkuburan lama Kalumpang yang masih ada dipanggil ‘KUBAH’. Beliau juga orang yang mula-mula kaya di Kalumpang hingga sampai di Tg. Malim yang tiada tolok bandingnya pada zaman tersebut.
Beliau dipanggil Imamluddin kerana kealimannya dan juga kekayaannya. Diriwayatkan juga, salah seorang anaknya yang bernama Sawiyah telah berkahwin dengan Tuan Hj. Abd. Rashid bin Sirun yang telah menjadi orang Kaya Kalumpang digelar Datuk Dagang Hj. Abd. Rashid. Beliau telah dianugerahkan gelaran Datuk Dagang Kalumpang oleh DYMM Sultan Selangor pada zaman tersebut. Dalam pada itu anak Imamluddin yang bernama Lawiyah pula berkahwin dengan Penghulu Hj. Mohd Daud Sidek salah seorang penghulu Tg. Malim selepas zaman Tun Hj. Mustapha bin Raja Kamala di mana Imamluddin juga merupakan salah seorang menantu Tun Hj. Mustapha.
Penghulu Hj. Mohd Daud Sidek menantu Imamluddin juga menjadi Orang Kaya Tg. Malim dan ada sebuah jalan di Pekan Tg. Malim diberi nama Jalan Penghulu Hj. Mohd Daud. Memandangkan Lawiyah anak Imamluddin tidak mempunyai zuriat, Penghulu Hj. Mohd daud mewakafkan harta Lawiyah dengan mendirikan sebuah madrasah di Kg. Gumut Kalumpang yang diberi nama Madrasatul Daudiah sempena atas namanya dan tanah tersebut diandaikan nama isterinya . (Riwayat Allahyarham HJ. Abd. Aziz Hj. Abd Rashid anak saudara Lawiyah).
Selain daripada itu, setelah kematian isteri tua Imamluddin yang bernama Raini, Imamluddin berkahwin pula dengan anak Penghulu Tun Hj. Mustapha yang bernama Lelo dan mendapat seorang anak yang bernama Sabariah, dan Sabariah berkahwin dengan Abd. Aziz juga kaum kerabat Tun Hj. Mustapha. Kekayaan Imamluddin di Tg. Malim, beliau memiliki banyak tanah di Tg. Malim antaranya di tempat yang bernama Cangkat Asa di Hulu Bernam (seberang Selangor). Di Kampung Gumut Kalumpang, banyak tanah beliau diagihkan kepada anak cucunya.
Disinilah Imamluddin jadi tersohor dan diriwayatkan juga Imamluddin pernah mencari bijih timah di Raub, Pahang dan tinggal di Sempalit berhampiran dengan pekan Raub. Beliau kembali ke Kalumpang setelah didapati tiada bijih timah di Raub.(Riwyat Allahyarham Hj. Abdullah bin Hj. Salam, anak Panglima Kanan Kalumpang yang sama-sama mencari bijih timah bersama Imamluddin di Raub). Untuk pengetahuan andaian yang sahih ada mengatakan, separuh tanah di Tg. Malim yang ada sekarang asalnya adalah harta Imamluddin yang masih lagi menjadi tanda tanya samada warisnya akan menuntut atau dibiarkan menjadi milik kerajaan negeri Perak.(Diriwayatkan Azmi Mokhtar-cicit Imamluddin)
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Imamluddin merupakan Orang kaya yang ulung di Kalumpang dan Tg. Malim pada zaman tersebut di mana Sejarah Tg. Malim tidak ditulis atas kemasyhurannya. Pusara (Kubur) Imamluddin terletak di Perkuburan Lama Kalumpang bernama Kubah.
Rujukan:
1. Allahyarham Hj. Abdullah Hj. Salam (anak Panglima Kanan)
2. Ahmad Gusi Kadir (Cicit Imamluddin)
3. Azmi Mokhtar (cicit Imamluddin dari isteri kedua)
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
26/11/2007
TOKOH ANAK KALUMPANG- ALLAHYARHAM DATO’ DAGANG HJ. ABD. RASHID BIN SIRUN BERGELAR DATO’ DAGANG KALUMPANG ( MENANTU IMAMLUDIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMP
![]() |
Keluarga Cikgu Mohd Amin bergambar bersama Dato' Dagang Hj. Abd. Rashid di halaman rumah Dato' Dagang Hj. Abd. Rashid |
Allahyarham Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bergelar Dato’ Dagang Kalumpang pada zamannya yang dianugerahkan oleh DYMM Sultan Selangor pada masa itu. Beliau adalah seorang yang kaya disebut orang ‘Orang Kaya Kalumpang’ yang banyak membuat jasa terutamanya pada orang susah lagi miskin.
Beliau juga adalah ahli perniagaan dan mempunyai lombong bijih timah disebut ‘Lombong Hj. Rashid’ terletak berhampiran denga kawasan perkuburan baru Kalumpang – di kawasan dalam Kg. Gumut (lombong tersebut sudah tiada). Beliau juga tempat orang kampung mengadu untuk menyelesaikan apa juga pertelingkahan. Bapa Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid iaitu Sirun berkaum kerabat dengan Penghulu pertama Tg. Malim iaitu Tun Hj. Mustapha bin Raja Kamala. Ibu beliau Siti Esah yang berasal dari Ulu Atok, Raub Pahang yang berhijrah ke Kalumpang.
Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid adalah salah seorang menantu Imamludin dan mempunyai zuriat dan mendapat empat orang anak dengan isteri beliau yang bernama Sawiyah. Isteri beliau yang kedua Hjh. Badariah Hj. Omar tiada zuriat. Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid berkahwin kali kedua setelah Sawiyah meninggal dunia. Anak Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bersama Sawiyah:
1. Halijah
2. Saniah
3. Hj. Abd.Aziz
4. Hafsah (Kundor)
Sedikit tanah beliau diwakafkan dibuat jalan perkuburan baru Kalumpang berhampiran dengan kawasan rumahnya dan jalan tersebut diberi nama ‘Jalan Hj. Abd. Rashid Bin Sirun’. Salah seorang daripada cucu beliau Azmin Hashim adalah matan Pengarah Badan Kesenian Melayu Ibu Kota Kuala Lumpur pada suatu ketika.
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
TOKOH ANAK KALUMPANG – ALLAHYARHAMAH HJH. BADARIAH HJ. OMAR (IBU BERJASA KALUMPANG)
Beliau juga adalah isteri kedua Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bin Sirun (Isteri pertama Hj. Abd. Rashid meninggal terlebih awal). Hjh. Badariah juga Ketua Wanita Pertama Pertubuhan Wanita Kalumpang (WI) yang pandai mengajar masak-memasak dan jahit-menjahit. Beliau juga pernah berkursus di Pusat Pertanian Serdang, Selangor berkenaan tanaman pokok buah-buahan. Beliau juga Ketua Pergerakan Kaum Ibu Kalumpang pada zaman sebelum dan selepas merdeka. Beliau juga tempat orang kampung mengadu kesusahan terutamanya hal ehwal kaum ibu. Dan juga kaum bapa.
Pada masa hayatnya, beliau banyak berkhidmat pada masyarakat Kalumpang. Beliau meninggal pada tahun 1971 ketika berumur 69 tahun. Jasa beliau tetap dikenang oleh masyarakat Kalumpang.
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
Friday, March 5, 2010
Riwayat Tg. Malim



RIWAYAT KETURUNAN TUN HJ. MUSTAPHA BIN RAJA KAMALA PENGHULU PERTAMA YANG MENGASAS TG. MALIM ATAU BERNAM
Tanjung Jambu 1790 - Kg Kubu 1870 - Tanjung Malim 1876
Tanjong Malim,asalnya bernama Tanjong Jambu, diterokai dan dibuka oleh sekumpulan enam orang pahlawan Bugis.
Ketua Tanjung Jambu dari tahun 1790 - 1870, bergelar menteri :
- Dato’ Menteri Jamilin
- Dato’ Menteri Katib b Dato’ Menteri Jamilin
- Dato’ Menteri Doba Dato’ Menteri Katib
- Dato’ Menteri Amin b Dato’ Menteri Doba
- Dato’ Menteri Mat Taya b Dato’ Menteri Amin
Tun Hj. Mustapha b. Raja Kamala atau dipanggil Penghulu Tua adalah salah seorang ketua kaum Rao di Gali, Raub berhijrah ke Tg. Malim sekitar tahun 1870-1871. Ini adalah ekoran daripada perang saudara berlaku di Pahang semasa perebutan takhta Negeri Pahang antara dua anak Bendahara iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad pada masa itu.
Beliau adalah pengikut Tok Gajah@Imam Perang Rasu. Diriwayatkan, memandangkan Rao sama Rao berbalah, beliau memohon keampunan daripada Bendahara Wan Ahmad mewakili orang Rao yang berada di Gali, Raub. Tun Hj. Mustapha berasa malu terhadap Tok Gajah dan beliau serta suku sakatnya dengan beberapa panglima yang setia berhijrah ke Bernam atau Tg, Malim.
Adalah diketahui Hj. Mustapha itu bergelar ‘TUN’ yang diberikan oleh Sultan Pahang semasa beliau berada di Pahang. Ini diriwayatkan oleh cicitnya Allahyarham Ahmad bin Yusof. Dato’ Hj. Mustapha juga dipanggil Penghulu Tua Tg. Malim kerana beliau yang tertua dalam kaum kerabatnya.
Diriwayatkan juga beliau menyuruh anak buahnya Panglima Kanan mengambil adik sepupunya seorang sahaja yang masih ada di Nagari Kota Raja, Rao iaitu Hjh. Rahmah Bt. Hj. Siun untuk dibawa ke Bernam atau Tg. Malim. Panglirna Kanan berkahwin dengan Hjh. Rahmah. OIeh kerana Panglirna Kanan telah berkahwin dengan orang yang berasal dari Kg. Simpang Empat Tg. Malim, Hjh. Rahmah membuat keputusan untuk tidak mahu dimadukan. Pergolakkan keluarga bermula. Panglima Kanan pun menceraikan isteri tuanya yang tiada mempunyai zuriat bersamanya. Bermakna adalah Dato’ Haji Mustapha sepupu dengan Hj. Abas b Hj. Siun dan Hjh. Rahmah bt Hj. Siun, ertinya isteri Hj Siun adik beradik dengan isteri Raja Kamala.
Oleh yang demikian, Tun Hj. Mustapha memerintahkan supaya Panglima Kanan berhijrah ke seberang Sungai Bernam dimana Panglima Kanan membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama Kalumpang ini diambil sempena nama sebatang pokok yang bernama pokok Kelumpang dan di kawasan itulah Panglima Kanan mendirikan rurnahnya, masjid dan lain-lain dengan pengikutnya. Tempat itulah pekan Kalumpang sekarang.
Pada masa itu juga Bernam atau Tg. Malim adalah di bawah pemerintahan Selangor. Tun Hj. Mustapha dilantik sebagai Penghulu Bernam atau Tg. Malim yang pertama dan Panglima Kanan pula dilantik menjadi assistant Penghulu Bernam. Kalumpang pada masa itu adalah di bawah jajahan Tg. Malim. Di sinilah kaitan Tg. Malim dan Kalumpang pada zaman tersebut.
Apabila sempadan negeri Perak dan Selangor ditetapkan mengikut sungai, Tg. Malim jatuh dalam pemerintahan negeri Perak dan Kalumpang pula berada di bawah pemerintahan Selangor sehingglah kini. Untuk mengingati atau mengenang jasa Tun Hj Mustapha, kerajaan Perak sudi dan bersetuju atas permintaan kaum kerabatnya menamakan jalan di kawasan Kg. Kubu itu laitu berhampiran kawasan stesen bas lama Tg. Malim, dinamakan Jalan Hj. Mustapha Bin Raja Kamala yang ada pada hari ini.
Adalah dimaklumkan makam Allahyarham Tun Hj. Mustapha adalah berhampiran dengan makam Tuan Sheikh Ismail Naqsyabandy Ar-Rawi di perkuburan CABANG, Tg. Malim. Adalah dimaklumkan juga ada suatu ketika dikhabarkan oleh penduduk Tg. Malim dan Kalumpang, Almarhum Sultan Abu Bakar Pahang pernah menziarahi kubur Tun Hj. Mustapha tanpa protokol di mana orang Tg. Malim dan Kalumpang berasa hairan mengapa Baginda ziarah? Jawabnya adalah kerana Tun Hj. Mustapha pernah jadi ketua orang Rao di Gali dan pengikut setia Tok Gajah. Almarhum Sultan Abu Bakar datang ke Tg. Malim untuk menghormati kesetiaan beliau semasa moyangnya Sultan Ahmad Shah pada zaman tersebut.
1876 – 1898
Yang Berusaha lagi Bijaksana Penghulu Tun Haji Mustapha b Raja Kamala yang berasal dari Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Sumatra Barat, Penghulu yang pertama Kg Kubu.
KG. KUBU DI ERA PEMERINTAHAN PENGHULU TUN HAJI MUSTAPHA.
AGAMA
Penghulu Tun Haji Mustapha membangunkan sebuah madrasah tempat belajar ilmu agama serta mendirikan solat berjemaah dan belajar membaca Al-Quran. Pada suatu hari, Ketua Sabak Bernam bernama Raja Itam mudik bersama Tuan List, wakil Kerajaan Inggeris di Teluk Kuwali, Sepong. Melawat ke Kg. Kubu,lalu singgah di hujung pasir tanjung itu naik ke darat, dilihatnya orang ramai-ramai sedang bersembahyang. Setelah selesai orang sembahyang itu, ia pun datang mendapatkan mereka yang ramai itu sambil berbual, dalam pada itu ia berkata “ saya hairan melihat tuan-tuan disini sangat alim-alim serta taat mendirikan agama Islam, oleh itu saya suka, itu pun jika tuantuan bersetuju kita berikan nama tempat ini TANJUNG MALIM “
KEMUDAHAN ASAS
Penghulu Tun Haji Mustapha adalah seorang yang dermawan, sehingga pembangunan Masjid dan Balai Polis adalah sebahagian besar dari sumbangan beliau sendiri.
Bukan itu sahaja bahkan beliau membuka tanah-tanah baru, membangunkan pasar untuk berniaga serta membina pengkalan di tebing sungai Bernam untuk kemudahan orang-orang kampung sebagai perhubungan dan nadi memasarkan hasil-hasil hutan. Oleh kerana kemakmuran dan keharmonian Tanjung Malim di bawah kepimpinan Penghulu Tun Haji Mustapha, maka berduyun-duyunlah orang-orang perantau dari Tanah Batak, Rao, Kampar dan lain-lain.Jadilah Tanjung Jambu dari sebuah dusun menjadi Tanjung Malim yang membangun sehingga ke hari ini.
Anak-anaknya :
- Muhammad Ali + Raja Aminah & Selamah
· Zaharah
· Nuruddin
· Ulwi
· Pidir
· Abd Majid
· Gurun
· Hitam
- Muhammad + Cik Tun
- Kechik + Haji Bidin
· Ramli
· Mohd Zain
- Lelo + Haji Shahabuddin-Imamludin
· Sabariah
- Tanda + Haji A Wahid
· Rashidah
- Siti Mariam + Haji Mohd Siddik
· Sawiyah
· Zainal Abidin
· Sufian
· Jemah + Yusuf
· Ahmad@Awil + Saadiah
· Abdullah Sani
· Hafsah
· Zubaidah
- Saemah + Haji Ahmad
· Binti@Umi Salamah
· Ubi@Hapipah
· Khamsiah
· Bahakudin@Imam Bahak
· Talib
· Tupat
· Abas
· Jama’yah + Ramli
· Us. Mustapha
- Fatimah + Hj Mohd Sidek
· Dogun
- Abdullah + Rukiah
· Jamaliah
· Rukiah
· Saiyah
- Rahmat + Khamsiah
· Abd Manaf
· Azimun
Adik beradik Dato’ Hj. Mustapha
1. Siti Khadijah
2. Siti Atikah
Rujukan:
1. Allahyarham Hj. Abdullah Bin Hj. Salam. (Anak Panglima Kanan)
2. Allahyarhamah Hjh. Zabedab Hj. Salam. ( Anak Panglirna Kanan)
3. Allahyarharn Ahmad Bin Yusof ( Cicit Hj. Mustapha Bin Raja Kamala)
4. Ustaz Mustapha Bin Ramli. (Cicit Hj. Mustapha Bin Raja Kamala)
5. Allahyarliam Adi Hj. Kassim (Cucu saudara Imamludin salah seorang
Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang)
6. Allahyarham Mokhtar Hj. Kassim ( Cucu saudara Imamludin- salah
seorang Pengasas Kg. Gumut, Kalumpang
7. Buku Riwayat Tg. Malim karangan Allahyarharn Cikgu Zainal Abidin
Daud (Murid Tua SITC — 1929)
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860