Wednesday, August 18, 2010

RIWAYAT KETURUNAN IMAM KUANG ATAU IMAM BENDAHARA YANG MENGASAS KG. KALUMPANG, KALUMPANG

Allahyarham Imam Kuang atau Imam Bendahara adalah salah seorang yang membuka Kg. Kalumpang di Pekan kalumpang. Beliau berasal dari Nagori, Kota Raja Rao Mapat Tunggul dan juga berketurunan Padang Unang Rao. Beliau pada mulanya berhijrah dari Rao ke Negeri Sembilan lalu ke Bukit Kancing Selangor dan kemudian ke Kuang Selangor. Beliau bergelar Imam Kuang kerana pernah menjawat jawatan Imam di Masjid Kuang pada suatu ketika dahulu.

Beliau berhijrah dan sama-sama membuka Kalumpang dengan Panglima kanan dan pengasas-pengasas yang lain pada masa itu. Beliau adalah salah seorang Imam Ulung Masjid Kalumpang. Anak beliau Imam Hj. Daud adalah imam pertama Masjid Attaqwa Kalumpang termasuk cucu beliau Hj. Mohd Tahir dan juga cicit beliau Ustaz Ali Badri Sheikh Ismail Naksyabandiah Arrawi juga salah seorang Imam Masjid Kalumpang.

Ibu Ustaz Ali Badri yang bernama Rahmah pernah berkahwin dengan Almarhum Tengku Abd Majid yang bergelar Tok Setia Lela Raub pada suatu ketika akan tetapi jodoh tidak panjang dan juga tiada meninggalkan zuriat. Selepas itu, Rahmah berkahwin dengan Sheikh Ismail dan dikurniakan seorang putera diberi nama Ali Badri yang masih ada di Kalumpang. Dalam pada itu, salah seorang cucu Imam Kuang yang bernama Cikgu Ruslan Ibrahim P.J.K juga pernah menjadi nazir masjid dan cucu beliau juga yang bernama Ahmad Bin Yusof pernah menjadi bilal masjid.

Selain daripada itu, Cikgu Othman Bin Hj. Daud (cucu) pernah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kalumpang. Juga Abd. Latif Hj. Daud (cucu) adalah Ketua Kg. Gumut yang ketiga Kalumpang yang lama berkhidmat pada suatu ketika dahulu. Juga diketahui, salah seorang cucu Imam Kuang yang bernama Cikgu Abu Hashim Hassan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hishamudin Kuala Lumpur, pernah dianugerahkan ‘Tokoh Guru’. Diketahui juga keturunan Imam Kuang pernah mewarisi manjadi Imam di Masjid Attaqwa Kalumpang yang ada pada masa ini.


Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

No comments:

Post a Comment