Wednesday, August 18, 2010

RIWAYAT KETURUNAN PUNCAK ATAU HJ. SAID PENGASAS KG. SEJANTUNG KALUMPANG SERTA RIWAYAT HJ. MOHD ZAIN BIN HJ. SAID MENJADI PEMIMPIN.

Puncak atau HJ. Said adalah salah seorang pengasas Kg. Sejantung Kalumpang. Beliau berketurunan Kampar Sumatera bersemenda ke Kg. Lundar Panti Rao , Pasaman, Sumatera Barat. Beliau berkahwin dengan orang Kg. Lundar bernama Gondun.
Diketahui bahawa mereka telahpun berhijrah ke Kalumpang di mana Puncak bersama-sama telah membuka Kg. Sejantung Kalumpang dengan Panglima Kanan dan pengasas-pengasas yang lain. Beliau juga merupakan salah seorang dukun yang tersohor dan hanya mempunyai dua orang anak yang bernama Tuan Hj. Mohd Zain dan Hjh. Hasnah.

Anak beliau Tuan Hj. Mohd Zain adalah Ketua Kg. Gumut yang kedua yang paling lama berkhidmat lebih dari 20 tahun. Pada asalnya beliau (Hj. Mohd Zain) adalah ketua Kg. Beringin iaitu sebuah Kg. Kecil berhampiran dengan Perkuburan Lama Kalumpang yang bernama ‘Kubah’ (Kg. Beringin tiada dalam charter Sejarah Kalumpang). Kawasan Kg. Beringin telah diambil oleh syarikat kapal korek bijih timah kepunyaan bangsa Australia dan penghuni Kg. Beringin dipindahkan ke Kg. Gumut di mana Hj. Mohd Zain dilantik menjadi Ketua Kg. Gumut yang kedua menggantikan Tuan Hj. Kassim Tabuan yang telah kembali ke Rahmatullah.

Hj. Mohd Zain banyak memainkan peranan di Kalumpang semasa hayatnya. Beliau juga berperanan seorang Bilal dan Khatid Masjid Kalumpang. Beliau merupakan ketua kampung yang penyabar dan dikasihi oleh penduduk Kg. Gumut khasnya dan penduduk Kalumpang amnya. Budi baik beliau tidak dapat dilupakan oleh penduduk Kalumpang pada suatu masa dahulu.
Ipar beliau yang bernama mak ngah Timah ada mempunyai seorang anak yang bernama Nordin Hj. Abdullah. Bapa Nordin Hj. Abdullah merupakan salah seorang anak Panglima Kanan di mana Nordin adalah salah seorang cucu Panglima Kanan. Di sinilah keluarga Puncak ada berkaitan dengan keluarga Panglima Kanan di mana Panglima Kanan adalah ketua pengasas Kalumpang. Dalam pada itu, salah seorang cucu Mohd. Zain atau cicit Puncak yang bernama Ismail Tahir P.J.K menjadi jurutera Petronas. Ketokohan anak Hj. Mohd Zain yang bernama Mylamah adalah seorang bidan dan dukun yang pandai dalam bidang pengurutan tradisional.

Keturunan Puncak adalah tersohor dengan pendukunannya hingga terserlah sampai ke anak cucunya dan juga cicitnya. Juga anak Hj. Mohd Zain yang bernama Mymunah juga pakar dalam bidang Pengurutan Tradisional. Selain daripada itu Tuan Hj. Mohd Zain sendiri pandai mengubat disamping beliau adalah ketua kampung, bilal dan khatib masjid. Setelah meninngal isteri pertamanya yang bernama Reni, beliau berkahwin pula dengan seorang yang bernama Hijah. Hijah adalah salah seorang daripada kaum kerabat Panglima Besar Kalumpang yang mengasas Kg. Bukit. Hijah tiada zuriat berkahwin dengan Hj. Mohd Zain dan Hj. Mohd Zain telah meninggal dunia pada tahun 1969 dan dikebumikan di perkuburan Kubah. Hj. Mohd Zain boleh dianggap seorang yang penyabar kerana beliau sangat sabar dalam menghadapi cabaran memimpin kampungnya. Kesabarannya itu tidak ada tolok bandingnya dengan pemimpin Kalumpang yang lain pada masa itu.

Rujukan:
1. Allahyarham Yusof Hj. Mohd Zain (cucu Puncak)
2. Allahyarham Y.B Sulaiman Shahabudin (Matan Y.B Tras, Raub, Pahang)
3.Allahyarham Hj. Md. Junid Sulaiman (cucu pendekar Hj. Sharif Mungkal)
4. Ismail Alwi (piut Puncak – Kg. Lindungan Petaling Jaya Selangor)

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

No comments:

Post a Comment