Wednesday, August 18, 2010

TOKOH ANAK KALUMPANG- ALLAHYARHAM DATO’ DAGANG HJ. ABD. RASHID BIN SIRUN BERGELAR DATO’ DAGANG KALUMPANG ( MENANTU IMAMLUDIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMP

Keluarga Cikgu Mohd Amin bergambar bersama Dato' Dagang Hj. Abd. Rashid di halaman rumah Dato' Dagang Hj. Abd. Rashid

Allahyarham Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bergelar Dato’ Dagang Kalumpang pada zamannya yang dianugerahkan oleh DYMM Sultan Selangor pada masa itu. Beliau adalah seorang yang kaya disebut orang ‘Orang Kaya Kalumpang’ yang banyak membuat jasa terutamanya pada orang susah lagi miskin.
Beliau juga adalah ahli perniagaan dan mempunyai lombong bijih timah disebut ‘Lombong Hj. Rashid’ terletak berhampiran denga kawasan perkuburan baru Kalumpang – di kawasan dalam Kg. Gumut (lombong tersebut sudah tiada). Beliau juga tempat orang kampung mengadu untuk menyelesaikan apa juga pertelingkahan. Bapa Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid iaitu Sirun berkaum kerabat dengan Penghulu pertama Tg. Malim iaitu Tun Hj. Mustapha bin Raja Kamala. Ibu beliau Siti Esah yang berasal dari Ulu Atok, Raub Pahang yang berhijrah ke Kalumpang.
Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid adalah salah seorang menantu Imamludin dan mempunyai zuriat dan mendapat empat orang anak dengan isteri beliau yang bernama Sawiyah. Isteri beliau yang kedua Hjh. Badariah Hj. Omar tiada zuriat. Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid berkahwin kali kedua setelah Sawiyah meninggal dunia. Anak Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bersama Sawiyah:



1. Halijah
2. Saniah
3. Hj. Abd.Aziz
4. Hafsah (Kundor)

Sedikit tanah beliau diwakafkan dibuat jalan perkuburan baru Kalumpang berhampiran dengan kawasan rumahnya dan jalan tersebut diberi nama ‘Jalan Hj. Abd. Rashid Bin Sirun’. Salah seorang daripada cucu beliau Azmin Hashim adalah matan Pengarah Badan Kesenian Melayu Ibu Kota Kuala Lumpur pada suatu ketika.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

No comments:

Post a Comment