Monday, October 4, 2010

KENANGAN ZAMAN KEGEMILANGAN KALUMPANG SILAM (ZAMAN KERABAT BETA )

 

Kegemilangan Kalumpang Silam (zaman Kerabat Βeta) adalah keistimewaannya yang tersusun dan tersendiri iaitu ada penghulu, ada panglima, pendekar, imam, khatib, pawang, guru, dukun, bidan, orang kaya, doktor, jurutera, pegawai dan sebagainya. Diantara itu adalah:

1. Mempunyai  tiga (3) Panglima yang tersohor iaitu Panglima Kanan Hj. Salam, Panglima Besar Muhammad dan Panglima Kiri Tabuan. Diantara pengasas-pengasas Kalumpang salah seorang daripadanya ialah Panglima Kanan Hj. Salam Ketua Pengasas Kalumpang selaku assistant Penghulu Bernam di bawah naungan Penghulu Bernam pada masa itu iaitu Tun Hj. Mustapha bin Raja Kamala penghulu pertama Tg. Malim/ Bernam. Salam selaku ketua perang mengamankan perompak lanun yang melanun di Sabak Bernam Telah diberi gelaran Panglima Kanan Kalumpang oleh DYMM Sultan Muhamad Sultan Selangor pada masa itu yang Salam mengasas Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya kerana jasanya pada Sultan mengamankan Negeri Selangor.

2. Dalam pada itu, Nawi Raja Mulok Orang Rao Pahang datang ke Kalumpang bersama-sama Panglima Kanan mengasaskan Kalumpang. Diriwayatkan warga Kalumpang pada masa tersebut  sebagai ‘Kerabat Βeta’ titah Sultan Muhamad.

3. Pada zaman itu juga Imamludin Raja Gemala adalah orang yang mula-mula kaya di Kalumpang dan Tg. Malim.

4. Yang tersohor Pendekar ulung Kalumpang , Katib Yunus tiada tolok bandingnya bersama-sama Panglima Kanan membantu Mat Kilau menentang British di Pahang.

5. Juga Pawang Hassan Janggut adalah satu-satunya pawang yang tersohor di Kalumpang.

6. Naib Kadi pertama Kalumpang adalah Imam Hj. Abdullah Fakeh Raja Saleh.

7. Juga Imam Kuang adalah imam masjid utama dan keturunannya ada mewarisi jadi imam, nazir dan bilal masjid Kalumpang turun-temurun.

8. Juga bidan ulung tersohornya Rimbun (isteri Minal- salah seorang Pengasas Kg. Gumut).

9. Penghulu pertama Kalumpang adalah orang daripada Batu Laut bernama Abd. Ghafar (menggantikan Panglima Kanan)

Untuk menguatkan lagi Kalumpang disebut sebagai ‘Kerabat Βeta’,

10. Allahyarham HJ. Abd. Rashid Sirun menjadi Orang kaya Kalumpang diberi gelaran Dato’ Dagang Kalumpang oleh DYMM Sultan Selangor pada zaman Sultan Sulaiman dan Hishamuddin dan Kalumpang terus jadi ‘Kerabat Βeta’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Habis zaman Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid warga Kalumpang tidak lagi jadi ‘Kerabat Beta’ hingga kini. Pada zaman Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bermulalah zaman pendidikan terserlah di mana:

11.Cikgu Mohd Amin Hj. Omar adalah anak Kalumpang yang pertama yang menjadi guru. Jasa beliaulah ramai anak Kalumpang dimasukkan ke Maktab SITC Tg. Malim (sekarang UPSI). Disinilah Kalumpang tersohor dalam menelurkan banyak pendidik atau guru berpanjangan sampai ada yang menjadi Pensyarah di Universiti Malaya dan ada yang terpilih menjadi pensyarah di Universiti Brunei Darussalam. Juga ada yang menjadi Penegetua Institut Perguruan Sultan Idris Tg. Malim (UPSI).

          Dalam pada itu, pada zaman mulanya kemajuan , Kalumpang melahirkan:
12. Seorang doktor bernama Doktor Kendati Soko berupa doktor yang pertama Kalumpang.

13. Jurutera pertamanya adalah Datuk DiRaja Mangku Bumi Hj. Buyong Hj. Abdullah JSM. Beliau adalah matan Ketua Pengarah Telekom Malaysia.

14. Dalam pada itu juga,Tuan Hj. Abdullah  Sani Hj. Saleh adalah Kadi pertama Kalumpang
.
15. Tuan Hj. Nordin Nawi JP adalah ADUN pertama dan juga Nazir pertama masjid Kalumpang.

          Dan banyak lain lagi Tokoh Kalumpang zaman Kalumpang Silam (Kerabat Βeta) tersohor dengan panglimanya, pendekarnya, pawang-dukunnya, imamnya serta guru dan guru agamanya serta banyak melahirkan para pendidik, cendiakawan dan lain-lain.

          Dirumuskan, zaman kegemilangan Kalumpang tersohor kerana kekayaan buminya kaya dengan bijih timahnya hingga ada warga kalumpang menjadi kaya dan dapat menelurkan terutamanya para pendidik dan ada juga yang berjawatan hingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Kisah silam dan kegemilangan Kalumpang adalah tinggal kenangan buat selama-lamanya pada penduduk Kalumpang terutamanya di perantauan (ramai yang telah berhijrah keluar Kalumpang) seperti ada sebuah lagu lama nyanyian Allahyarham R. Azmi bertajuk ‘Tinggal Kenangan’ pada warga Kalumpang kini dan akan datang. WASSALAM.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
Tel - 03 61887105   

No comments:

Post a Comment