Sutan Nasin adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang berasal dari Minangkabau Sumatera Barat. Beliau berhijrah ke Kalumpang setelah membuka Kg. Simpang Empat Lama Tg. Malim (riwayat Allahyarhamah Hjh. Aminah – Anak Sutan Nasin). Sutan Nasin kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan di Kg. Sempalit, Raub, Pahang.
Cucu beliau Tuan Hj. Mat Tamin Hj. Mat Sari adalah matan Imam Masjid kalumpang dan lama belajar di Mesir. Juga cucu beliau, Tuan Hj. Mohd Sani Hj. Mat Sari adalah matan Bendahari Masjid Kalumpang. Beliau adalah bekas polis berpangkat Sarjan dan pernah berkhidmat pada masa darurat di Tras, Dong, Raub, Pahang dan juga di Prai, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, cicit beliau Datin Paduka Hjh. Zaitun Shamsudin adalah matan Pegawai Kemas hulu Selangor (penyelia) dan juga matan Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor. Selain daripada itu, Ridzuan Shamsudin adalah matan Lt. Kol Bersara berkhidmat dalam pasukan Askar Melayu DiRaja Malaysia adalah cicit Sutan Nasin yang terserlah.
Rujukan:
1. Allahyarhamah Hjh. Aminah Sutan Nasin
Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong
C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
No comments:
Post a Comment