Monday, October 4, 2010

RIWAYAT KETURUNAN IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH BIN RAJA SALEH – KETURUNANNYA MENJADI PEMIMPIN DAN TOKOH NEGARA.




Allahyarham Hj. Abdullah Fakeh bin Raja Saleh berasal dari Djambi Sumatera adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau adalah salah seorang Imam Masjid Lama Kalumpang. Beliau juga seorang guru agama dan Naib Kadi pertama Kalumpang. Cucu beliau Allahyarham Cikgu Hj. Mohd Adnan Hj. Abd. Halim adalah Tokoh Guru Negeri Selangor tahun 1982.

          Allahyarham Cikgu Hj. Mohd. Adnan juga adalah bekas Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak-anak Kalumpang dan salah seorang bekas Naib Yang DiPertua Persatuan Anak Kalumpang (Persaka). Juga cucu Hj. Abdullah Fakeh yang bernama Hj. Mohd Khudus Abd Karim A.M.N adalah matan Pegawai Tertinggi Kewangan di Perbendaharaan Malaysia dan salah seorang pengasas Persaka dan bekas Setiausaha Persaka yang pertama. Dalam pada itu, cicit beliau Y.B Tan Sri Muhammad Mohd Taib adalah matan Menteri Besar Selangor.

          Adalah dimaklumkan juga cicit tiri beliau bernama Nazar Md. Yakin adalah matan Pengurus Besar ASN dan Fatimah Mohd Yakin adalah seorang Doktor Pakar X-Ray Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tawakal Kuala Lumpur.


Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
18/12/2007

BIDALAN TENTANG TOKOH KALUMPANG

ORANG-ORANG TUA BERBIDAL PRIHAL KALUMPANG PADA ZAMAN DAHULU

1. PANGLIMA KANAN
Menjaga tempat yang panas iaitu Ketua Perang.

2. PANGLIMA BESAR
Menjaga tempat yang sejuk iaitu keselamatan dan kesejahteraan

3. PANGLIMA KIRI
Menjaga Tg. Malim

4. KATIB YUNUS  DIPANGGIL KOTUT YUNUS
Pendekar Ulung terbilang tiada tolok bandingnya.

5. IMAMLUDDIN
Orang Kaya ulung Kalumpang dan Tg. Malim yang melampan bijih timah di Sg. Tuntung dekat perkuburan Kubah.

6. PAWANG HASSAN JANGGUT
Pawang ulung Kalumpang adalah satu-satunya pawang yang ada di Kalumpang.

7. IMAM KUANG ATAU IMAM BENDAHARA
Imam ulung masjid Kalumpang dan keturunannya turun temurun jadi imam masjid hingga sampai ke cucu dan cicitnya.

8. IMAM HJ. SALEH HJ. ZAINUDDIN
Imam ulung masjid dan salah seorang pengasas Kg. Gumut.

9. IMAM HJ. ABDULLAH FAKEH RAJA SALEH
Imam ulung masjid dan Naib Kadi pertama serta menjadi guru agama.

10. NAWI RAJA MULOK
Orang Rao dari Pahang yang bersama-sama Panglima Kanan membuka Kalumpang dan pengasas Kg. Kalumpang di Pekan Kalumpang.  

11. SUTAN NASIN
Orang Minangkabau sama-sama mengasas Kg. Gumut setelah mengasaskan Kg. Simpang Empat Lama Tg. Malim.

12. ABDUL RASHID TUA
Dukun tersohor yang mengasas Kg. Bukit

13. PUNCAK ATAU HJ. SAID
Dukun tersohor yang mengasas Kg. Sejantung

14. PENGHULU ABD. GHAFAR
Penghulu pertama Kalumpang selepas zaman Panglima Kanan yang berasal dari Batu Laut, Selangor.

15. HJH. HALIJAH
Adalah satu-satunya seorang ibu yang sama-sama membuka Kg. Sejantung

16. HJ. ALI
Adalah orang Rao yang bergelar Ali Rao yang mengasas Kg. Ulu.

17. SI MAHU ATAU HJ. SHAMSUDDIN
Adalah Pengasas Kg. Sg. Limau  Lama dan orang yang mula-mula melampan bijih di Sg. Limau.

18. SI ADUL
Pengasas Kg. Keliang Kalumpang berketurunan orang Rao Selayang Rao Sumatera.

19. HJ. MD. LAZIM
Pengasas Kg. Sg. Sabai berketurunan Kerinci Sumatera.

Rujukan
Riwayat Orang-orang Tua Kalumpang.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

KENANGAN ZAMAN KEGEMILANGAN KALUMPANG SILAM (ZAMAN KERABAT BETA )

 

Kegemilangan Kalumpang Silam (zaman Kerabat Βeta) adalah keistimewaannya yang tersusun dan tersendiri iaitu ada penghulu, ada panglima, pendekar, imam, khatib, pawang, guru, dukun, bidan, orang kaya, doktor, jurutera, pegawai dan sebagainya. Diantara itu adalah:

1. Mempunyai  tiga (3) Panglima yang tersohor iaitu Panglima Kanan Hj. Salam, Panglima Besar Muhammad dan Panglima Kiri Tabuan. Diantara pengasas-pengasas Kalumpang salah seorang daripadanya ialah Panglima Kanan Hj. Salam Ketua Pengasas Kalumpang selaku assistant Penghulu Bernam di bawah naungan Penghulu Bernam pada masa itu iaitu Tun Hj. Mustapha bin Raja Kamala penghulu pertama Tg. Malim/ Bernam. Salam selaku ketua perang mengamankan perompak lanun yang melanun di Sabak Bernam Telah diberi gelaran Panglima Kanan Kalumpang oleh DYMM Sultan Muhamad Sultan Selangor pada masa itu yang Salam mengasas Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya kerana jasanya pada Sultan mengamankan Negeri Selangor.

2. Dalam pada itu, Nawi Raja Mulok Orang Rao Pahang datang ke Kalumpang bersama-sama Panglima Kanan mengasaskan Kalumpang. Diriwayatkan warga Kalumpang pada masa tersebut  sebagai ‘Kerabat Βeta’ titah Sultan Muhamad.

3. Pada zaman itu juga Imamludin Raja Gemala adalah orang yang mula-mula kaya di Kalumpang dan Tg. Malim.

4. Yang tersohor Pendekar ulung Kalumpang , Katib Yunus tiada tolok bandingnya bersama-sama Panglima Kanan membantu Mat Kilau menentang British di Pahang.

5. Juga Pawang Hassan Janggut adalah satu-satunya pawang yang tersohor di Kalumpang.

6. Naib Kadi pertama Kalumpang adalah Imam Hj. Abdullah Fakeh Raja Saleh.

7. Juga Imam Kuang adalah imam masjid utama dan keturunannya ada mewarisi jadi imam, nazir dan bilal masjid Kalumpang turun-temurun.

8. Juga bidan ulung tersohornya Rimbun (isteri Minal- salah seorang Pengasas Kg. Gumut).

9. Penghulu pertama Kalumpang adalah orang daripada Batu Laut bernama Abd. Ghafar (menggantikan Panglima Kanan)

Untuk menguatkan lagi Kalumpang disebut sebagai ‘Kerabat Βeta’,

10. Allahyarham HJ. Abd. Rashid Sirun menjadi Orang kaya Kalumpang diberi gelaran Dato’ Dagang Kalumpang oleh DYMM Sultan Selangor pada zaman Sultan Sulaiman dan Hishamuddin dan Kalumpang terus jadi ‘Kerabat Βeta’ oleh DYMM Sultan Selangor.

Habis zaman Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid warga Kalumpang tidak lagi jadi ‘Kerabat Beta’ hingga kini. Pada zaman Dato’ Dagang Hj. Abd. Rashid bermulalah zaman pendidikan terserlah di mana:

11.Cikgu Mohd Amin Hj. Omar adalah anak Kalumpang yang pertama yang menjadi guru. Jasa beliaulah ramai anak Kalumpang dimasukkan ke Maktab SITC Tg. Malim (sekarang UPSI). Disinilah Kalumpang tersohor dalam menelurkan banyak pendidik atau guru berpanjangan sampai ada yang menjadi Pensyarah di Universiti Malaya dan ada yang terpilih menjadi pensyarah di Universiti Brunei Darussalam. Juga ada yang menjadi Penegetua Institut Perguruan Sultan Idris Tg. Malim (UPSI).

          Dalam pada itu, pada zaman mulanya kemajuan , Kalumpang melahirkan:
12. Seorang doktor bernama Doktor Kendati Soko berupa doktor yang pertama Kalumpang.

13. Jurutera pertamanya adalah Datuk DiRaja Mangku Bumi Hj. Buyong Hj. Abdullah JSM. Beliau adalah matan Ketua Pengarah Telekom Malaysia.

14. Dalam pada itu juga,Tuan Hj. Abdullah  Sani Hj. Saleh adalah Kadi pertama Kalumpang
.
15. Tuan Hj. Nordin Nawi JP adalah ADUN pertama dan juga Nazir pertama masjid Kalumpang.

          Dan banyak lain lagi Tokoh Kalumpang zaman Kalumpang Silam (Kerabat Βeta) tersohor dengan panglimanya, pendekarnya, pawang-dukunnya, imamnya serta guru dan guru agamanya serta banyak melahirkan para pendidik, cendiakawan dan lain-lain.

          Dirumuskan, zaman kegemilangan Kalumpang tersohor kerana kekayaan buminya kaya dengan bijih timahnya hingga ada warga kalumpang menjadi kaya dan dapat menelurkan terutamanya para pendidik dan ada juga yang berjawatan hingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Kisah silam dan kegemilangan Kalumpang adalah tinggal kenangan buat selama-lamanya pada penduduk Kalumpang terutamanya di perantauan (ramai yang telah berhijrah keluar Kalumpang) seperti ada sebuah lagu lama nyanyian Allahyarham R. Azmi bertajuk ‘Tinggal Kenangan’ pada warga Kalumpang kini dan akan datang. WASSALAM.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
Tel - 03 61887105   

RIWAYAT KETURUNAN YANG LAIN

IMAM HJ. SALEH HJ. ZAINUDDIN

Imam Hj. Saleh Hj. Zainuddin adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut berketurunan Kerinci Sumatera.
1. Anak beliau  Allahyarham Hj. Abdullah Sani adalah matan kadi Hulu
    Selangor dan guru agama serta bekas Imam Kedua Masjid Attaqwa
    Kalumpang.
2. Cucu beliau Allahyarham Hj. Hassan Hj. Abdullah Sani adalah bekas
    guru mengajar Pusat Latihan FRIM Kepong, Kuala Lumpur.
3. Cicit beliau Zahari Abu Bakar adalah bekas Juruteknik Tertinggi Telekom
    Malaysia.

MINAL
MInal adalah salah seorang pengasas Kg. gumut. Anak beliau bernama Puteh mempunyai anak yang terserlah bernama Tuan Hj. Ibrahim Ngah adalah matan Wartawan Berita Harian, bekas tentera serta telah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Juga cucu Minal bernama Cikgu Md. Kassim Ngah adalah matan Guru Besar Sekolah Kebangsaan.

JAWATAN
Jawatan adalah pengasas Kg. Gumut.
1. Tuan Hj. Hamzah Salas AMN adalah cicit beliau dan matan Pengetua
    IPSI (UPSI) Tg. Malim.
2. Cikgu Abd. Manan Md. Ali adalah Penolong Guru Besar Sekolah
    Kebangsaan juga adalah cucu Jawatan.

HASSAN
Hassan adalah pengasas Kg. Ulu Kalumpang. Cucu beliau anak kepada Sarih iaitu Jaafar Sarih adalah seorang Usahawan yang berjaya dan matan Setiausaha UMNO Cawangan Kalumpang.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

RIWAYAT KETURUNAN HJH. HALIJAH PENGASAS KG. SEJANTUNG KALUMPANG

Hjh. Halijah sahajalah seorang perempuan diantara pengasas-pengasas yang membuka Kalumpang. Hjh. Halijah tidak mempunyai zuriat tetapi mempunyai anak saudara  dan diantaranya ialah Dili dan Jamil.

          Cucu saudaranya yang bernama Cikgu Hassan Dili dan Abd. Latif Dili adalah matan Guru Besar Sekolah Kebangsaan. Juga cucu saudaranya Cikgu Adnan Jamil adalah matan Nazir Masjid Attaqwa Kalumpang.

          Cicit saudara beliau yang bernama Salim Nusi adalah matan Setiausaha Masjid Attaqwa Kalumpang dan juga Nazir  Masjid Attaqwa Kalumpang. Juga cicit saudara beliau yang bernama Rafidah Yaacob adalah Pengurus Bank Rakyat Malaysia.




Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

TOKOH ANAK KALUMPANG – ALMARHUM CIKGU ADNAN BIN HJ. ABD. HALIM J.P

Siapa yang tidak kenal dengan Cikgu Adnan sila angkat tangan. Nampaknya ramai yang kenal dengan Cikgu Adnan iaitu anak jati Kalumpang yang mudah mesra, peramah, jujur dan dihormati ramai. Dilahirkan pada l4hb. Oktober 1927, Tuan Haji Mohd. Adnan bin Haji Abdul Halim PJK., PPN., JP., telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kalumpang sehingga ke darjah tujuh. Pada 1hb. Oktober 1946 beliau telah menjadi Guru Pelatih di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, Kuala Selangor.

            Setelah dua tahun menjadi Guru Pelatih, Cikgu Adnan telah memasuki Sultan Idris Training College di Tanjung Malim sehingga ke tahun 1950. Apabila tamat di S.I.T.C., Cikgu Adnan telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Pada tahun 1953 hingga ke tahun 1957 pula Cikgu Adnan telah bertugas di Sekolah Kebangsaan Asam Jawa, Kuala Selangor.

            Dalam tahun 1958 Cikgu Adnan telah melanjutkan pelajarannya selama setahun di Language Institute, Bukit Senyum, Johor Baharu sebagai Guru Bahasa Kedua (Bahasa Kebangsaan). Pada tahun 1959 hingga ke bulan Mei 1965 Cikgu Adnan telah mengajar di Sekolah Inggeris Kuala Kubu Bharu iaitu sebagai Guru Bahasa Kedua. Dalam bulan Mei 1965, Cikgu Adnan telah dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Dalam tahun 1968 Cikgu Adnan telah dipilih menjadi Instructor di University of Hawaii U.S.A. dan beliau telah diberi tanggungjawab mengajar Bahasa Malaysia kepada bakal-bakal guru Ilmu Hisab dan Sains iaitu Sukarelawan Amerika yang akan mengajar pelajaran tersebut di Malaysia.

Pada tahun 1969 - 1979, Cikgu Adnan kembali bertugas sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Di samping itu pada tiap tiap bulan bulan Jun hingga ke bulan Disember iaitu dari tahun 1969 hingga ke tahun 1974, Cikgu Adnan telah memegang satu tugas lagi iaitu sebagai penyelaras projek bagi latihan sukarelawan di dalam Malaysia. Latihan-latihan ini telah diadakan di beberapa tempat di Malaysia seperti di Cameron Highlands, Kota Bharu, Pulau Pinang. Pulau Pangkor dan juga di Kuala Lumpur.

Dalam tahun 1980 iaitu selama enam bulan, Cikgu Adnan telah dilantik menjadi Guru Besar Sckolah Kebangsaan Kalumpang. Dari bulan Jun 1980 hingga ke bulan Jun 1982 beliau telah ditawar menjadi Penyelia Sekolah Menengah di Jabatan Pelajaran Selangor. Pada bulan Julai 1982 Cikgu Adnan telah bertukar ke Jabatan Pelajaran Daerah Hulu Selangor sebagai Penyelia Sekolah-Sekolah Rendah. Pada 14hb Oktober 1982 Cikgu Adnan telah bersara dari perkhidmatannya. Oleh kerana jasa dan khidmat yang telah dianugerahkan sebagai ‘TOKOH GURU NEGERI SELANGOR’ pada tahun tersebut.

            Rezeki di tangan Tuhan dan kalau benih yang baik campak walau di mana pun akan tumbuh. Begitulah dengan Cikgu Adnan iaitu pada l hb. Januari 1983 telah dilantik menjadi Kaunselor/Penasihat Pelajaran di Asrama-Asrama Yayasan Selangor, hinggalah ke suatu ketika. Sebagai seorang yang berkebolehan memimpin Cikgu Adnan sentiasa diberi kepercayaan untuk memikul tugas di dalam persatuan atau pertubuhan-pertubuhan. Sebagai contoh di bawah ini disenaraikan kegiatan-kegiatan yang diceburi oleh beliau.

1. Pernah menjadi Naib Ketua dan Setiausaha UMNO Cawangan Kuala Kubu  
    Bharu dan pada masa ini menjadi Pengerusi tetap di cawangan tersebut.
2. Menjadi Setiausaha Majlis Pusat Kebajikan Malaysia Cawangan Hulu
    Selangor hingga sekarang (1986).
3. Pernah menjadi Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Anak Kalumpang
    (1970).
4. Menjadi Ahli Persatuan Guru-Guru Malaysia Barat dan menjadi ahli seumur
    hidup Persatuan Suluh Budiman.
5. Pernah menjadi AhIi Lembaga Pelawat Rumah Sakit Daerah Kuala Kubu
    Bharu dan Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Kuala Kubu Bharu.
6. Menjadi Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu
    Bharu dari tahun 1966 - 1979 juga Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah
    Seri Puteri, Kuala Lumpur dari tahun 1978 - 1981 dan Yang Dipertua
    Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur dari tahun 1985
    hingga sekarang.
           
            Tokoh kita ini telah pun dianugerahkan pingat PJK dalam tahun 1978 dan JP dalam tahun 1981 oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor. D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong pula telah menganugerahkan pingat PPN kepada Cikgu Adnan dalam tahu 1979.

            Cikgu Adnan telah berumahtangga pada l3hb. Septem ber 1953 dengan Puan Hajah Zaiton Bt. Samsudin. Mempunyai empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan satu lelaki. Isteri beliau sekarang adalah merupakan Penyelia Kemas Kawasan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Cikgu Adnan adalah Tokoh Anak Kalumpang dan ‘SUKA BERKHIDMAT’ adalah motto hidup beliau.

Susur galur Cikgu Adnan b Abdul Halim cicit Panglima Kiri salah seorang pengasas Kalumpang, juga berasal dari Rao Mapat Tunggul.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
26/11/2007

RIWAYAT KETURUNAN ALMARHUM NAWI RAJA MULOK YANG MENJADI PEMIMPIN



Almarhum Nawi Raja Mulok adalah salah seorang peneroka yang membuka Kalumpang, bersama Panglima Kanan, Panglima Kiri dan lain-lain. Anak almarhum ialah Almarhum Hj. Nordin Nawi JP merupakan bekas Pegawai Polis dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama bagi kawasan Kalumpang atau Hulu Bernam daerah Hulu Selangor. Almarhum juga adalah bekas nazir pertama Masjid Attaqwa Kalumpang.

          Anak Almarhum Hj Nordin ialah Datuk Hj. Zainal Abidin bin Hj. Nordin (cucu), YDP Persaka sekarang. Beliau ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Tanah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

          Dua orang anak Almarhum Hj. Nordin yang lain ialah Baharuddin Hj. Nordin (cucu), bekas guru dan bekas Pengarah MAS. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai latihan FELDA. Manakala Shahruddin Hj. Nordin (cucu) pernah bertugas sebagai Pengurus Bank Bumiputra Bhd.

          Cikgu Mazlan adalah cicit kepada Almarhum Nawi. Beliau adalah Setiausaha Kehormat Persaka sekarang dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Yayasan Pendidikan Hulu Selangor. Cikgu Mazlan juga pernah bertugas sebagai Pendaftar Universiti Industri Selangor, Bekas Pengurus Pendidikan Yayasan Selangor dan juga bekas pensyarah di IPSI (UPSI). Selain itu beliau juga pernah menerima anugerah Belia Negara 1993.

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860
26/11/2007

RIWAYAT KETURUNAN PANGLIMA BESAR MUHAMMAD PENGASAS KG. BUKIT KALUMPANG


Panglima Besar Muhammad adalah salah seorang pengasas Kg. Bukit Kalumpang yang berasal dari Batu Bara Sumatera. Beliau datang dari Sg. Ujung (Seremban) Negeri Sembilan berhijrah ke Kalumpang setelah kalah melawan British dalam mempertahankan Negeri Sembilan. Beliau juga bersama-sama Panglima Kanan dan Panglima Kiri Kalumpang mempertahankan Kubu di Gumut yang juga merupakan Kubu di bawah jagaan beliau  dan Kg. Kubu Tg. Malim yang diketuai oleh Penghulu Tua Tun Hj. Mustapha Raja Kamala masa peperangan mempertahankan Bernam (Perang Bernam- Raub). Kubu Panglima Besar adalah di kawasan Stesyen Keretapi Lama Gumut yang telah ditinggalkan. Kawasan tersebut adalah kawasan Sg. Cincin berhampiran dengan Kg. Bukit yang telah ditinggalkan juga.

          Pada masa ini kawasan Kubu Panglima Besar sudah pun menjadi Taman Perumahan yang diberi nama Tempua Bestari. Anak beliau Hajah Hasnah atau dianggil Timbun adalah seorang bidan kampung yang tersohor. Dalam pada itu cicit beliau yang bernama Abd. Manap Mohd Nor adalah Matan Kapten Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia. Selain itu, cicit beliau juga iaitu Zakaria Ibrahim adalah diketahui salah seorang Pengarah FRIM, Kepong, Kuala Lumpur dan cicit beliau yang lain yang bernama Allahyarhamah Cikgu Shamsiah Ibrahim adalah Matan Ketua Wanita UMNO Kalumpang di suatu ketika dahulu.

Rujukan:
1. Allahyarham Pak Jurin (Ibrahim- cucu Panglima Besar)


Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

RIWAYAT KETURUNAN PANGLIMA KIRI PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG


Panglima Kiri juga bernama Tabuan, Taib dan Tahil (Riwayat Allahyarham Hj. Abdullah Hj. Salam- anak Panglima Kanan) adalah salah seorang    pengasas Kg. Gumut Kalumpang. Beliau juga bersama-sama Panglima Kanan dan Panglima Besar mempertahankan kubu Panglima Besar di Gumut dan Kg. Kubu Tg. Malim yang diketuai oleh Penghulu Tua Tun Hj. Mustapha Raja Kamala masa peperangan mempertahankan Bernam (Perang Bernam- Raub). Beliau juga disebut orang-orang tua dahulu sebagai penjaga yang menjaga Tg. Malim (Riwayat Allahyarham Pak Jurin (Ibrahim)- salah seorang cucu Panglima Besar). Anak beliau Tuan Hj. Kassim Tabuan adalah Ketua Kg. Gumut yang pertama. Hj. Kassim membuka kebun tanaman getah yang dikenali juga sebagai “ Malay Reserve” di Sg. Sabai yang keluasannya lebih kurang tiga ribu ekar untuk penduduk Kalumpang.(Rujuk Makalah Persatuan Sejarah Hulu Selangor Bahagian Kalumpang karangan Allahyarham Cikgu Ruslan Ibrahim PJK- cucu Imam Kuang Pengasas Kg. Kalumpang).

          Salah seorang cicit Panglima Kiri yang bernama Hj. Abd. Wahab Jahidin adalah bekas tentera dan Matan Setiausaha Masjid Attaqwa Kalumpang dan juga seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, cicit beliau yang lain yang bernama Ishak Yusof adalah Matan Kapten Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia.

Rujukan:
1. Allahyarham Pak Jurin (Ibrahim) – cucu Panglima Besar Muhammad.
2. Daripada Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu (Petikan daripada Buku
    Sejarah Hulu Selangor karangan Cikgu Ruslan Ibrahim PJK)


Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860

RIWAYAT KETURUNAN SUTAN NASIN PENGASAS KG. GUMUT KALUMPANG



Sutan Nasin adalah salah seorang pengasas Kg. Gumut Kalumpang berasal dari Minangkabau Sumatera Barat. Beliau berhijrah ke Kalumpang setelah membuka Kg. Simpang Empat Lama Tg. Malim (riwayat Allahyarhamah Hjh. Aminah – Anak Sutan Nasin). Sutan Nasin kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan di Kg. Sempalit, Raub, Pahang.

          Cucu beliau Tuan Hj. Mat Tamin  Hj. Mat Sari adalah matan Imam Masjid kalumpang dan lama belajar di Mesir. Juga cucu beliau, Tuan Hj. Mohd Sani Hj. Mat Sari adalah matan Bendahari Masjid Kalumpang. Beliau adalah bekas polis berpangkat Sarjan dan pernah berkhidmat pada masa darurat di Tras, Dong, Raub, Pahang dan juga di Prai, Pulau Pinang.

          Dalam pada itu, cicit beliau Datin Paduka Hjh. Zaitun Shamsudin adalah matan Pegawai Kemas hulu Selangor (penyelia) dan juga matan Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor. Selain daripada itu, Ridzuan Shamsudin adalah matan Lt. Kol Bersara berkhidmat dalam pasukan Askar Melayu DiRaja Malaysia adalah cicit Sutan Nasin yang terserlah.


Rujukan:
1. Allahyarhamah Hjh. Aminah Sutan Nasin

Sumbangan oleh:
Dzulkifli Bin Datuk Haji Buyong

C-G-6, Pangsapuri Laksamana,
Jalan Laksamana, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
H/P- 012 9725860